SEPTEMBER 2021

Pertama Di Malaysia Vaksinasi C19 Remaja Sarawak


KUCHING - 8 Sept -  Pada pagi tadi Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Hj Openg turun padang untuk melihat proses program Perlaksanaan Vaksinasi COVID-19 Remaja Sarawak bertempat di Pusat Kesihatan Kpg Telaga Air, Kuching. 

Pada Sidang Media setelah melakukan lawatan ringkas melihat proses Vaksinasi, YAB Abg Jo memaklumkan bahawa setakat 6.9.2021 Sarawak telah mencapai peratus liputan dos 2

88.9 % (Dewasa Layak) 

65.1 % (Seluruh Populasi)

"Populasi Remaja 12- 17 Tahun di Sarawak (DOSM 2021) adalah sebanyak 289,200, yang merangkumi (10.3%) dari seluruh populasi Sarawak,

96,400 berusia 16-17 tahun (3.4% populasi penduduk)

192,800 berusia 12-15 tahun (6.9% populasi penduduk)" katanya.

Tambahan, Sarawak akan mula memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja 2021 secara berperingkat bermula hari ini, 8 September 2021 sehingga hujung minggu ini,

Semua remaja berumur 16-17 tahun. 

Semua remaja 12-15 tahun dengan comorbid. 

Beliau juga berkata, Pemberian imunisasi COVID-19 untuk remaja berumur 12-15 tahun yang sihat dijadualkan pada penghujung bulan September mengikut bekalan stok vaksin yang akan diterima. 

Sarawak akan menjalankan pemberian imunisasi di PPV awam dan juga di sekolah-sekolah.

Bagi Bahagian Kuching, sebanyak 69 buah sekolah dan 20,990 murid berumur 16 hingga 17 tahun akan menerima vaksin COVID-19 mulai 8 September 2021.

"Pada hari ini, seramai 758 remaja akan diberi suntikan vaksin COVID-19 yang terdiri daripada pelajar dari 2 buah sekolah menengah" katanya lagi.

Klinik kesihatan akan memberikan vaksinasi kepada remaja yang tidak bersekolah dan juga mereka yang masih berada di kampung bagi pelajar asrama. 

Sehubungan dengan itu, untuk kawasan luar bandar, Program Outreach ke sekolah yang terlibat akan memberikan suntikan kepada murid berumur 12-17 tahun terutamanya di Bahagian Kapit yang melibatkan 16 sekolah dan 9334 orang murid serta Bahagian Miri yang melibatkan 2 sekolah dan 207 orang murid. 

Temujanji akan dilakukan mengikut sekolah dan setiap PPV akan menerima pelajar daripada beberapa buah sekolah pada setiap hari

Justeru itu, sasaran vaksinasi remaja Sarawak adalah, 

Remaja 16-17 tahun akan lengkap divaksinasi sebelum sesi sekolah bermula pada 3 Oktober 2021.

Remaja 12-15 tahun dijangka pada minggu ke-4 Oktober (22-26 Oktober 2021). 

YAB Abg Jo juga menyarankan Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak yang layak vaksinasi untuk menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksi. 

YAB Abg Jo bersyukur kerana keputusan awal Kerajaan Sarawak untuk rakyatnya mengambil Vaksin bagi mencapai Imuniti kelompok yang terawal di Malaysia telah mencapai kejayaan.

Dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia memberi penghormatan kepada Sarawak sebagai negeri pertama melaksanakan Vaksinasi Covid-19 Remaja. 

Di akhir Sidang Media, beliau juga meminta agar rakyat jangan panik dengan angka tiga ribu harian pesakit C-19 di Sarawak kerana 99% mereka terdiri dari Kategori 1 dan 2 yang tidak bergejala dan gegala ringan sahaja. 

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan ADUN N.4 Pantai Damai, YB Datuk Dr Haji Abd Rahman Haji Junaidi serta kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku